Panduan Tuntutan Insurans
Fahami perbezaan tuntutan dan proses yang betul untuk memastikan hak anda terpelihara.
Proses & Perkhidmatan Kami
Pengurusan Tuntutan Bersepadu
Kami menguruskan tuntutan pampasan insurans kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Polisi Tiada Caj Pendahuluan (Zero Upfront)
Tuntutan diuruskan menerusi Pihak Ketiga (3rd Party) berdasarkan terma dan situasi kes. Tiada sebarang caj dikenakan kepada klien sehingga keseluruhan proses tuntutan selesai.
Pengurusan Laporan Polis
Khidmat membawa kenderaan ke IPD untuk urusan bergambar, serta khidmat iringan dan panduan semasa memberi keterangan kepada polis.
Pembiayaan Kos Perubatan
Pembiayaan pendahuluan untuk kos wad, pembedahan, cagaran hospital, dan pembekalan peralatan sokongan (tongkat, kerusi roda).
Logistik Rawatan Lanjutan
Kami menguruskan pengangkutan pelanggan mengambil dari rumah terus ke hospital untuk kelancaran rawatan susulan.
Pembiayaan Pembaikan Kenderaan
Bantuan pembiayaan untuk kos baik pulih motosikal berdasarkan penilaian dan status kes semasa.
Sokongan Peribadi
Bantuan dan khidmat nasihat peribadi yang berterusan sepanjang tempoh tuntutan pampasan berjalan.